13 Oktober, 2009
Cara Mudah Buang Kulit Tomato
Cara paling mudah untuk membuang kulit tomato ialah dengan mencelupkannya ke dalam air panas beberapa saat, kemudian keluarkan dan rendam pula di dalam air sejuk. Selamat mencuba.
Posted by
Zunita
at
12:25:00 PTG
Mendapatkan Lebih Jus Buah Lemon
Untuk mendapatkan lebih banyak jus daripada sebiji lemon, rendam buah tersebut di dalam air panas selama 15 minit, atau panaskan ia selama 45 saat di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum diperah jusnya.
Posted by
Zunita
at
10:00:00 PG
Cara Mudah Membuat Kerisik
Selain menggorengnya di dalam kuali, cuba bakar kelapa parut di dalam ketuhar untuk mendapatkan kerisik. Ratakan kelapa parut di dalam dulang pembakar biskut dan bakar pada suhu 375 darjah sehingga anda dapat warna kerisik yang diinginkan. Jangan lupa balik-balikkan kelapa parut tersebut supaya kerisik dimasak dengan sekata. Selamat mencuba.
Posted by
Zunita
at
9:55:00 PG
Elak Mata Berair Semasa Memotong Bawang
Rendam bawang dalam air yang sejuk selama setengah jam sebelum mengupasnya untuk mengelak mata pedih dan berair. Anda juga boleh mengupasnya di bawah air paip yang dibuka, atau menyimpannya di dalam bahagian sejukbeku selama 10 hingga 15 minit sebelum memotong bawang tersebut. Selamat mencuba.
Posted by
Zunita
at
9:12:00 PG